Penggunaan topeng yang memberi gambaran wajah Ipok di dalam upacara kaul di mukah |
Upacara kaul di Mukah amat berbeza dengan upacara kaul di Dalat namun punya beberapa persamaan. Antara salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan Ipok. Di Mukah, tujuan kaul diadakan adalah bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan likou atau dunia daripada serangan penyakit dan wabak serta malapetaka dan bencana yang boleh mengancam nyawa dan kehidupan penduduk setempat. Kaul bagi suku kaum Melanau juga adalah masa bagi mereka untuk memujuk dan memohon daripada Ipok agar dimurahkan rezeki baik dari darat, sungai, laut mahupun hutan dan diberikan kehidupan yang aman tanpa sebarang bala bencana sepanjang tahun. Ipok sebagai mahkluk yang berkuasa mengawal seluruh alam di dalam kehidupan suku kaum Melanau (bagi suku kaum Melanau pagan @ suku kaum Melanau zaman dahulu) perlu dipujuk supaya makhluk tersebut tidak murka yang akan menyebabkan ia berkeliaran di dalam kehidupan manusia untuk menggangu-gugat keamanan. Peranan kaul yang tidak kurang pentingnya adalah sebagai langkah untuk membuang semangat yang tidak baik seperti malapetaka, kecelakaan, iblis, bencana dan unsur-unsur berkaitan yang dapat membinasakan penghuni alam. Upacara kaul di Mukah pada zaman dahulu kala kebiasaannya akan diadakan pada awal tahun mengikut kalendar masyarakat Melanau iaitu pada bulan Pengejin. Bulan Pengejin adalah bulan pembuka tahun bagi suku kaum Melanau iaitu sekitar bulan Mac jika dirujuk melalui kalendar Gregory.
Berdasarkan doa yang dilafazkan pada upacara kaul, jika dihayati dan difahami doa tersebut sememangnya ditujukan kepada segala jenis Ipok agar tidak menyusahkan penduduk setempat dengan segala macam bala bencana. Upacara kaul di Dalat mempunyai persamaan dengan upacara kaul di Mukah berdasarkan doa kaul yang diucapkan iaitu bertujuan untuk memujuk dan memohon dimurahkan rezeki daripada Ipok. Selain dianggap sebagai sebuah ritual tradisi, kaul juga dirumuskan bertujuan untuk menyambut tahun baru dan sebagai hari kelepasan untuk berjamu serta bertemu sanak-saudara, rakan taulan dan penduduk kampung. Upacara kaul ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Hasil pencarian rezeki dan bencana alam adalah berpunca dari laut, sungai dan hutan itu sendiri. Hal ini selari dengan hakikat bahawa kebanyakkan pekerjaan masyarakat Melanau suatu ketika dahulu adalah nelayan dan petani. Masyarakat Melanau percaya bahawa Ipok berupaya mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika tidak dipujuk, semangat Ipok yang berada di langit, darat dan laut dipercayai akan mendatangkan malapetaka dalam bentuk kemalangan atau penyakit kepada penduduk setempat. Apabila dijamu di dalam ritual kaul, masyarakat Melanau percaya bahawa Ipok dapat memberi kehidupan yang aman damai dan harmoni kepada mereka.
Kaul sebagai sebuah upacara serta ritual keagamaan suatu ketika dahulu bagi suku kaum Melanau dan sebuah perayaan etnik yang paling lama dan masih hidup serta dijalankan sehingga kini adalah merupakan sebuah aktiviti tradisi bagi komuniti Melanau di Sarawak ketika mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme dan sebagai tanda bermulanya tahun baru dan harapan baru bagi mereka. Rezeki masyarakat Melanau setempat yang dikatakan datang dari Ipok dan makluk tersebut dianggap sebagai penjaga bagi sekalian alam suatu ketika dahulu, suatu persembahan perlu diberikan melalui upacara khas. Jika tidak, mereka bukan sahaja akan mengalami masalah, malah rezeki itu dikatakan tidak akan datang kepada mereka. Misalnya seperti, ikan di laut tidak akan membiak kerana masyarakat Melanau percaya bahawa laut dikuasai oleh penghuninya yang tersendiri yang boleh menghalau ikan-ikan di laut yang menjadi punca rezeki utama akan melarikan diri jauh dari laut. Upacara ini semakin penting jika kita mengambil kira tentang suasana alam persekitaran bagi kehidupan masyarakat Melanau pada zaman dahulu yang sememangnya agak mencabar. Selain daripada itu, perayaan kaul sebagai petanda bagi suku kaum Melanau bahawa telah berakhirnya musim tengkujuh akan memberi nasib yang baik kepada nelayan tempatan untuk membolehkan mereka keluar menangkap ikan dan petani juga boleh kembali bertani di ladang dan kebun tanpa gangguan cuaca buruk.
Mengikut catatan pada zaman dahulu, kaul lazimnya akan diadakan pada bulan Pengejin iaitu sekitar bulan Mac dan April, selepas berakhirnya musim tengkujuh. Dikatakan, pada bulan itu ikan keli, belut dan bermacam-macam ikan-ikan hutan dan sungai akan banyak keluar. Walaubagaimanapun, selari dengan peredaran masa dan bagi memudahkan perancangan serta menggalakkan pelancong luar bertandang menyaksikan upacara kaul, tarikh kaul pada hari ini telah dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri Sarawak dan kini kaul telah diadakan sebagai sebuah pesta besar-besaran bagi masyarakat luar dan dalam.
Kini, kaul telah disambut sebagai satu entiti budaya bagi masyarakat Melanau untuk membuka mata masyarakat luar tentang adat suku kaum Melanau yang tidak pupus ditelan zaman. Kaul pada hari ini telah dijadikan sebagai sebuah pesta besar-besaran yang menyajikan pelbagai acara dan persembahan seperti tarian tradisional suku kaum Melanau, permainan, sukan tradisional dan banyak lagi. Justeru, kaul pada hari ini yang telah dianggap sebagai sebuah pesta dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan lagi budaya dan adat tradisi Melanau di kalangan generasi baru serta menjadi teras untuk memperkenalkan dan memajukan budaya dan tradisi suku kaum Melanau di Sarawak.

1 comment:
Gambling in California (2021) - DrmCD
Yes, it's legal to 강릉 출장안마 gamble online in California, however, in most states, there is only one option that is legal to play online in the state, and you 경상북도 출장안마 can play 용인 출장샵 it here for 김해 출장마사지 free. 천안 출장샵
Post a Comment